LATARBELAKANG SYARIKAT  
 

iMove Corporation Sdn. Bhd. berkembang dari permulaan yang kecil semasa
diawal tahun 2000 di kawasan kedai - kedai kecil dan kini menjadi lebih kukuh
dan besar melalui kepelbagaian produk yang ditawarkan berkaitan dengan pengiklanan dan percetakan disamping kelebihan dalam menawarkan produk - produk dengan konsep - konsep baru serta kepercayaan pelanggan terhadap
perkhidmatan kami.  

iMove Corporation Sdn. Bhd. lebih dikenali dengan jenama (brand)
thunderCATzTM .

thunderCATzTM ini ditubuhkan berasaskan konsep penyediaan perkhidmatan
yang menyeluruh dalam bidang am produk pengiklanan dan percetakan
di Semenanjung Malaysia.    

 

   KELEBIHAN SYARIKAT  

Anugerah Pengiktirafan
iMove Corporation Sdn Bhd telah menerima Anugerah Pengiktirafan hasil daripada perkhidmatan yang cemerlang dan pembangunan syarikat yang

pesat dalam jangka masa pendek.

Anugerah Usahawan MARA 2006, Peringkat Negeri kedah
 

Kapasiti Pengeluaran
iMove Corporation Sdn Bhd juga merupakan syarikat bumiputra yang terbesar sekali di Bandar Sungai Petani dengan kapasiti pengeluaran yang cepat serta besar dengan bilangan mesin.
      iMove Corporation Sdn. Bhd. mempunyai kapasiti pengeluaran produk pengiklanan dan percetakan yang besar hasil daripada beberapa buah
mesin terkini. Teknologi ini membantu iMove Corporation Sdn. Bhd.
menyediakan faedah terbaik kepada pelanggan terutama dari aspek
kualiti disamping dapat menyiapkan pesanan dengan cepat serta
menepati masa dan waktu yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan.


Pengalaman Yang Luas
iMove Corporation Sdn. Bhd. berpengalaman dalam menawarkan produk -
produk pengiklanan dan percetakan yang konsisten dan mempunyai reputasi
yang baik dengan syarikat - syarikat ternama serta badan - badan kerajaan.


Penghantaran Yang Konsisten
iMove Corporation Sdn. Bhd. mempunyai sistem proses pengeluaran yang
spesifik bagi setiap keluaran produk - produk yang ditawarkan untuk memastikan
penghantaran adalah konsisten dan dapat memenuhi permintaan pelanggan
dari segi penghantaran yang cepat dan tepat.


Menawarkan Kepelbagaian Produk
iMove Corporation Sdn. Bhd. tidak hanya merujuk kepada satu - satu produk pengiklanan dan percetakan sahaja tetapi ia menjana kelainan dan inovasi dalam setiap penghasilan produk dan memperkenalkannya kepada pelanggan.